13 Disember 2013 - 20:30
Jasad ngeri aktivis muda revolusi Azerbaijan ditemui

Seorang lagi penduduk menjadi mangsa pembunuhan dalam pergolakan politik Azerbaijan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang remaja menjadi mangsa kedua pembunuhan tragik dalam pergolakan politik Azerbaijan setelah penduduk bermazhab Syiah bangkit menuntut perubahan sosial.Ashim Muhammad Auf, mahasiswa berusia 19 tahun, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya menuju ke kedai internet pada pukul 11 malam, 16 November lalu.Setelah beberapa hari berlalu pergi, penemuan mayat beliau di permukaan laut diumumkan pada 26 November.Ashim Muhammad Auf merupakan aktivis muda dan aktif dalam kebangkitan rakyat Azerbaijan bagi menuntut perubahan politik dalam negaranya.Kegiatan terakhirnya ialah menterjemahkan kenyataan Imam Khomeini ke bahasa Azeri tentang keutamaan dan keagungan bulan Muharam untuk laman sesawang Islam-Azeri. Berbakat dan menguasai bahasa Russia, Azeri dan Turki menyebabkan beliau juga aktif menulis dalam Agensi Berita Qafqaz News dan menjadi salah seorang aktivis hak asasi manusia di Azerbaijan.